Kami faham… ramai pesakit lebih suka Google dulu bila dapati luka macam lambat sembuh sebabnya nak cari cara rawat luka yang lebih mudah dan cepat tanpa perlu ke klinik.
Maklumlah luka sahaja, nanti lambat-laun sembuh juga kan?
Ramai orang berfikiran macam tu. Nampak macam remeh tapi tahukah anda luka kalau lambat sembuh daripada biasa ni sebenarnya agak bahaya.
Lebih parah, luka yang ‘biasa-biasa’ itu boleh akibatkan anda kehilangan anggota badan kerana terpaksa dipotong!
Walaubagaimanapun, kami faham ada sesetengah orang yang takut atau tidak bersedia untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan.
Oleh itu dalam artikel kali ini, kami kongsikan 5 cara rawat luka yang boleh anda lakukan di rumah sementara dapatkan rawatan yang selanjutnya dan mengelakkan keadaan jadi lebih parah.

1. Amalkan Langkah-langkah ‘First-aid’
Bagi luka yang kecil dan tidak dalam, anda boleh amalkan ‘First-aid’ seperti berikut:
- Luka boleh jadi lebih teruk jika ada jangkitan kuman. Jadi elakkan kemasukan benda asing ke bahagian luka. Sebab itu anda perlu cuci tangan terlebih dahulu dan lebih baik jika anda pakai sarung tangan yang steril sebelum sentuh bahagian luka.
- Bagi luka yang ada pendarahan, cuba hentikan dengan tekan bahagian luka menggunakan gauze atau kain yang bersih. Jangan tekan terlalu kuat.
- Bila pendarahan sudah berhenti, alirkan air yang bersih atau saline pada bahagian luka dan pastikan kawasan sekitar luka juga bersih. Ingat, kita tidak mahu benda asing atau bakteria masuk ke bahagian luka.
- Anda juga boleh gunakan iodine atau krim antibakteria pada luka jika anda mempunyai bahan tersebut dalam ‘First-aid Kit’ anda.
2. Gunakan Pembalut Luka yang Sesuai
Selepas bersihkan, balut luka dengan gauze atau pembalut yang steril. Ini penting supaya kotoran tak masuk ke bahagian luka dan elak risiko jangkitan. Bagi luka yang kecil, anda boleh gunakan plaster.
Selain daripada itu, ia dapat pastikan kelembapan yang baik untuk bantuk sel kulit baru tumbuh semula.
3. Elakkan Tekanan atau Geseran Pada Luka
Tip mudah tapi ramai terlepas pandang, terutamanya kalau luka di kaki. Cuba elak berjalan terlalu lama atau memakai kasut yang ketat. Luka yang kena tekanan memang akan melambatkan proses penyembuhan.
4. Amalkan Pemakanan Sihat & Kawal Gula Dalam Darah
Selain daripada kawal faktor luaran seperti jangkitan kuman, kita juga perlu kawal faktor dalaman iaitu keperluan oksigen untuk proses penyembuhan. Terutama sekali bagi pesakit kencing manis dimana salur darah mereka sudah mengecil dan susah untuk oksigen sampai ke bahagian luka terutamanya di bahagian hujung kaki. Oleh itu, amat penting untuk kawal pemakúan seperti gula. Selain daripada itu, anda juga digalakkan untuk ambil pemakanan protein dan Vitamin C yang dapat bantu proses penyembuhan luka.
5. Pantau Luka & Dapatkan Rawatan Jika Perlu
Walaupun anda cuba cara rawat luka di rumah, jangan ambil ringan kalau luka makin besar, bertukar warna, bengkak teruk, atau keluar nanah. Itu merupakan tanda-tanda jangkitan serius.
Sentiasa perhatikan perubahan luka sama ada jadi lebih baik atau teruk. Segera dapatkan nasihat doktor atau pergi ke klinik terdekat jika anda dapati ia jadi lebih parah.
Kesimpulannya walaupun sekadar luka, jangan ambil mudah. Bagi mereka yang dah memang tahu ada kencing manis/diabetik biasanya mereka lebih peka sebab tahu kalau dibiarkan luka tu akan jadi lebih parah. Maka mereka ni biasanya ambil tindakan lebih awal.
Yang bahayanya adalah mereka yang tak sedar ada kencing manis.
Mereka inilah yang selalunya sambil lewa atau ambil mudah sehinggalah luka tadi boleh jadi semakin teruk. Jika tidak pasti atau masih ragu-ragu, jangan malu-malu untuk bertanya kepada yang lebih pakar.
Anda boleh buat temujanji dengan doktor-doktor kami dengan KLIK DISINI.
