“Luka kencing manis potong kaki?!” Fakta ini sering menghantui ramai pesakit diabetes.
Kami faham betapa gusarnya bila tahu tentang hal ini sampai ada yang takut nak jumpa doktor dan berlengah sehinggalah betul-betul kritikal barulah dihantar ke hospital.
Pernah tak anda terfikir, kenapa rawatan kencing manis boleh sampai tahap potong kaki?
Pertama sekali, potong kaki atau istilah perubatannya amputasi, berlaku bukan disebabkan rawatan kencing manis itu sendiri, tetapi akibat komplikasi diabetes yang kronik dan tidak diurus dengan baik.
Ia adalah pilihan terakhir apabila tiada lagi cara lain untuk menyelamatkan nyawa pesakit daripada jangkitan yang merebak atau tisu yang sudah mati.
Mari kita fahami puncanya dan bagaimana kita boleh elakkan hal ini terjadi.
Punca Utama Kencing Manis Potong Kaki
Ada dua punca utama mengapa pesakit diabetes berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi kaki hingga perlu dipotong:
#1 Kerosakan Saraf (Neuropati Diabetik)
Gula dalam darah yang tinggi untuk jangka masa panjang akan merosakkan saraf-saraf, terutamanya di kaki dan tangan.
Oleh itu, saraf yang rosak akan menyebabkan anggota badan pesakit yang terbabit akan menjadi kebas atau hilang deria rasa.

Bila sudah tiada deria rasa, bayangkan anda terpijak kaca, luka, atau pakai kasut yang ketat dan melecet. Tapi anda tak rasa sakit langsung sebab saraf dah rosak.
Tanpa disedari, lama-lama luka kecil boleh jadi semakin besar.
#2 Perubahan Saluran Darah (Penyakit Arteri Periferi):
Selain saraf, gula yang tinggi juga akan merosakkan saluran darah, menjadikannya sempit dan keras (atherosclerosis).

Ini menyebabkan peredaran darah ke anggota yang hujung-hujung seperti kaki atau tapak kaki menjadi sangat lemah.
Bila hal ini berlaku, luka yang terjadi tadi tidak menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi yang dibawa oleh darah untuk proses penyembuhan luka berlaku.
Selain itu, sistem imun badan pun susah nak sampai ke bahagian luka untuk melawan sebarang jangkitan.
Apabila kedua-dua masalah ini berlaku serentak iaitu kaki kebas dan peredaran darah lemah, anda lebih senang dapat luka. Kemudian luka pula lambat sembuh, mudah dijangkiti, dan jangkitan luka boleh merebak dengan cepat.
Jika jangkitan sudah teruk atau tisu sudah mati (gangren), amputasi adalah satu-satunya pilihan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
Mengapa Luka Kencing Manis Susah Sembuh?
Luka kencing manis memang terkenal dengan sifatnya yang ‘degil’ dan sangat sukar sembuh.
Berikut adalah sebab utama mengapa potong kaki (amputasi) berisiko tinggi pada pesakit kencing manis:
#1 Sel Kurang Tenaga:
Tanpa oksigen yang cukup, sel-sel badan tak ada tenaga nak baiki diri atau bina tisu baru. Proses penyembuhan jadi sangat perlahan.
#2 Sistem Pertahanan Lemah:
Sistem imun badan yang tak cukup oksigen akan jadi lemah. Kuman mudah sangat menyerang dan jangkitan merebak tanpa kawalan.
#3 Kekurangan Salur Darah:
Bacaan gula dalam darah yang tinggi menjadikan pembentukan saluran darah baru yang penting untuk bawa nutrien ke luka tak berlaku atau sangat perlahan. Jadi ia akan menerukkan lagi keadaan luka tadi.

Bagaimana Terapi Oksigen Boleh Elakkan Amputasi?
Di sinilah Rawatan Oksigen atau Terapi Oksigen memainkan peranan penting dalam rawatan luka kencing manis.
Terapi Oksigen berfungsi dengan membekalkan oksigen tambahan secara terus ke pada luka, meningkatkan paras oksigen dalam darah dan tisu yang cedera. Ini memberi “booster” kepada tubuh untuk:
#1 Bekalan Tenaga Untuk Sel:
Oksigen membantu sel-sel mendapatkan tenaga yang diperlukan untuk berfungsi dan memperbaiki luka dengan lebih pantas.
#2 Baik Pulih Tisu Cepat:
Sel-sel yang berperanan membina tisu baru (fibroblast) dapat bekerja dengan lebih efektif, membentuk tisu yang sihat dan menutup luka.
#3 Perangi Jangkitan Kuman:
Sistem imun tubuh menjadi lebih kuat dengan bekalan oksigen yang banyak, membolehkannya melawan kuman dan mencegah jangkitan yang boleh membawa kepada amputasi.
#4 Bina Saluran Darah Baru:
Oksigen merangsang pembentukan saluran darah baru, memastikan nutrien dan oksigen sampai ke kawasan luka yang sukar dicapai sebelum ini.

Fakta Klinikal Rawatan Oksigen
Rawatan Oksigen terbukti secara klinikal menunjukkan kesan positif yang ketara dalam mengurangkan risiko amputasi:
- 6x potensi untuk sembuh dalam tempoh 12 minggu
- 6x kurang risiko untuk luka berulang selepas sembuh
- 88% pengurangan kemasukan ke hospital
- 71% pengurangan risiko amputasi
- Skor tahap kesakitan turun mendadak daripada skor 8 ke skor 3 dalam masa 13 hari.
Rawatan oksigen digunakan untuk merawat luka kompleks dan kronik yang lambat sembuh, seperti:
- Diabetic ulcer
- Venous ulcer
- Pressure ulcer
- Luka pembedahan
- Luka terbakar
- Luka jangkitan
Jangan Bertangguh Rawat Luka Kencing Manis
Jika anda tergolong dalam kriteria yang dinyatakan diatas, nasihat kami jangan berlengah. Tidak kira luka anda berada tahap mana, biar kami buat analisa luka anda ditahap yang mana.
Ini kerana setiap tahap luka memerlukan rawatan yang berbeza.
Kesilapan dalam memberi rawatan atau rawat secara sendiri bukan sahaja tidak menyembuhkan luka, malah akan menjadi semakin teruk.
Di iHeal Clinic kami menyediakan rawatan luka yang komprehensif dan terkini, termasuk Terapi Oksigen sebagai salah satu pilihan rawatan yang berkesan untuk membantu menyelamatkan kaki anda daripada dipotong.
Untuk dapatkan info lanjut berkenaan Rawatan Oksigen atau konsultasi rawatan luka komprehensif kami, sila klik gambar dibawah ini.
