Hillview Clinic

Biji Kolesterol di Mata (Xanthelasma) Tanda Kolestrol Tinggi?

biji-kolesterol-di-mata
Isi Kandungan

Biji kolesterol di mata ni nampak sahaja kecil tapi sebenarnya ia adalah antara tanda bahawa kesihatan anda dalam bahaya seperti tanda kolestrol tinggi selain boleh menjejaskan penampilan wajah anda.

Apakah yang membahayakan itu?

Sebelum itu anda perlu tahu perbezaan antara Milia Seed dan Xanthelasma. Ramai orang tersalah faham antara dua kondisi ini kerana rupanya seakan lebih kurang sama tetapi puncanya dan cara rawatannya berbeza.

 

Apa beza Milia vs biji kolesterol di mata (Xanthelasma)?

Jika anda ada bintik-bintik kecil berwarna putih atau kekuningan di sekeliling mata atau pipi anda, itulah yang dipanggil Milia. Sebenarnya, nama Milia digunakan bila ada lebih satu bintik kecil yang kelihatan macam biji susu atau “milk spots”.

Manakala satu bintik sahaja dipanggil Milium. Kadang-kadang orang juga memanggilnya “oil seeds” sebab bentuknya seakan biji kecil di bawah kulit.

Milia terbentuk apabila sel kulit mati terperangkap di bawah permukaan kulit, lalu membentuk kantung kecil yang dipanggil cyst. Contoh paling mudah untuk kenal Milia adalah pernah tak anda bintik-bintik pada bayi yang baru lahir? Itulah Milia.

Dalam kes ni kita panggil sebagai Primary Milia.

biji-kolestrol-milia
Sumber: Riverchase Dermatology

 

Manakala biji kolestrol (Xanthelasma) pula adalah bintik atau plak kuning yang biasanya terbentuk pada kulit di kelopak mata atau di sekelilingnya. Bintik ini lebih besar berbanding Milia, dan boleh membesar dari masa ke masa. Warnanya pula lebih kuning pekat dan teksturnya sama ada lembut atau keras sedikit. Ia lebih kerap berlaku pada orang pertengahan umur dan warga emas.

tanda-kolestrol-tinggi-xanthelasma

Xanthelasma terbentuk apabila kolesterol “jahat” (LDL) yang berlebihan dalam darah bocor ke kulit nipis kelopak mata, lalu dimakan oleh sel pertahanan badan (macrophages) yang tak boleh proses lemak tu betul-betul (foam cells).

Akhirnya membengkak jadi plak kuning berminyak yang kita nampak di sudut mata.​

 

Perbezaan Milia vs Xanthelasma (Biji Kolestrol)

Ciri Milia Xanthelasma (Biji Kolestrol)
Saiz & Rupa Kecil (1-2mm), putih/kuning keras Lebih besar (2-30mm), kuning berminyak, rata
Lokasi Utama Mata, pipi, hidung; mana-mana Kelopak mata, sudut dekat hidung
Punca Sel kulit mati terperangkap Kolesterol LDL terkumpul​
Hilang Sendiri Ya, dalam minggu/bulan Jarang, boleh bertambah buruk
Risiko Kesihatan Kosmetik sahaja Tanda kolesterol tinggi

 

Betulkah Xanthelasma tanda kolestrol tinggi?

Ini yang membimbangkan sebab ramai orang anggap Xanthelasma macam Milia dimana ia hanya melibatkan kosmetik sahaja. Tidak seperti Milia yang boleh hilang secara sendiri, biji kolestrol ni perlu dirawat dari puncanya iaitu turunkan kadar kolestrol yang tinggi.

Jadi bahaya atau tidak?

Secara fizikal atau luaran tidak. Namun ia boleh jadi tanda kolestrol tinggi atau isyarat masalah kesihatan dalaman anda yang boleh meningkatkan risiko masalah kardiovaskular seperti sakit jantung atau strok.

biji-kolestrol-tandak-kolestrol-tinggi
Sumber: Osmosis.org

Bagaimana nak buang biji kolestrol di mata?

Ramai ingat biji kolestrol di mata boleh kecut sendiri seperti jerawat biasa, tetapi sebenarnya tidak. Xanthelasma tidak akan hilang tanpa rawatan dan selalunya akan kekal atau menjadi lebih besar dari masa ke masa.

Secara umum, rawatan terbaik untuk Xanthelasma ialah buang biji kolestrol tersebut melalui prosedur perubatan yang dibuat oleh doktor terlatih seperti Doktor Hillview.

Doktor akan menilai saiz, lokasi dan kedalaman biji kolestrol sebelum memilih kaedah rawatan yang paling selamat untuk kulit anda.

Antara kaedah yang digunakan termasuk pembedahan kecil atau teknologi laser, bergantung kepada keadaan pesakit. Prosedur dilakukan menggunakan bius setempat, mengambil masa yang tidak lama, dengan risiko parut yang minimum jika penjagaan selepas rawatan dipatuhi.

Rawatan ini bukan sahaja meningkatkan penampilan, malah membantu mengesan risiko kolesterol tinggi dalam badan.

 

Rawat tanda kolestrol tinggi dan Xanthelasma sekaligus

Satu perkara penting yang perlu difahami ialah Xanthelasma masih boleh tumbuh semula walaupun sudah dibuang, tanpa mengira kaedah rawatan yang digunakan.

Ini kerana puncanya berkait rapat dengan tanda kolestrol tinggi dan faktor metabolik dalam badan, bukan semata-mata masalah pada kulit.

Risiko ia berulang boleh dikurangkan jika kolestrol dikawal dengan baik melalui kombinasi ubat, diet sihat dan perubahan gaya hidup seperti kurangkan makanan bergoreng, lemak tepu dan tingkatkan aktiviti fizikal.

Rawatan secara holistik ini yang kami terapkan dalam Hillview. Untuk dapatkan info lanjut, anda boleh klik gambar dibawah ini.

tanda-kolestrol-tinggi-biji-kolestrol

 

Bantu kami sebarkan manfaat dengan kongsikan artikel ini: