Hillview Clinic

Home Visit Doctor: Tip Elak Stress Jaga Pesakit Strok di Rumah

home-visit-doctor
Isi Kandungan

Kalau anda tengah baca ni, besar kemungkinan salah seorang dalam rumah anda mungkin sedang hadapi strok. Kerana hanya mereka yang laluinya sahaja memahami situasi ini. Hatta ada home visit doctor sekalipun, belum tentu boleh tenteramkan ujian emosi yang sedang dialami.

Sebagai penjaga, hari-hari ulang benda sama;

  • suap makan, tukar pampers,
  • alih posisi, lap badan,
  • bawa ke hospital untuk follow up,
  • tunggu giliran berjam-jam…

 

Memang menguji mental dan fizikal kan?

Lepas beberapa minggu, mula rasa:

“Aku sayang dia, tapi aku penat.”

“Aku nak jaga, tapi badan sendiri pun dah tak larat.”

 

Peranan Home Visit Doctor

Dan disinilah sebenarnya peranan home visit doctor.

Bukan sebab “tak payah pergi hospital langsung”, tapi sebab banyak benda boleh selesai di rumah tanpa bergelut dengan drama waktu nak naik kereta & waktu menunggu di klinik.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda praktiskan untuk elak rasa burnout bila jaga pesakit strok di rumah.

hospital-klang-vs-home-visit-doctor
Sumber: Yahoo

Tip 1: Bezakan Rawatan di Hospital vs Home Visit Doctor

Pertama sekali, kita kena faham bukan semua masalah pesakit strok wajib terus ke Jabatan Kecemasan.

Ringkasnya, keadaan yang WAJIB, betul-betul kena ke hospital (terus ke bahagian Kecemasan Hospital) adalah bila ada tanda strok baru seperti;

  • Muka tiba-tiba senget sebelah.
  • Tangan/ kaki satu bahagian badan tiba-tiba lemah.
  • Pertuturan jadi pelat, susah sebut, atau tiba-tiba tak boleh bercakap.
  • Tiba-tiba keliru teruk, pengsan, sawan, sakit kepala paling teruk dalam hidup.

 

Sebelum semua ni berlaku, sebenarnya tanda-tanda tu boleh dikenalpasti oleh doktor yang datang ke rumah (home visit doctor).

Contohnya:

  • Tekanan darah asyik tinggi, tapi pesakit susah sangat nak dibawa ke klinik.
  • Luka punggung mula kemerahan atau ada lepuh sebab baring lama.​
  • Susah bernafas sikit-sikit, batuk berpanjangan, tapi belum sampai tahap tercungap-cungap.
  • Makan makin kurang, berat badan turun, emosi dan tidur tidak menentu.

 

Dalam kes ini, seperti tim Hillview Clinic yang buat home visit atau dressing luka di rumah boleh akan buat pemeriksaan dan tentukan sama ada boleh follow up di rumah atau memang perlu rujuk hospital.

 

 

Tip 2: Home Visit Doctor Sebagai Orang Tengah

Bila dah kena strok, pendekatan multi-discipline sangat penting dalam hidup pesakit.

Antara profession yang terlibat dalam rawatan pesakit strok;

  • pakar neurologi
  • doktor klinik
  • physiotherapist
  • speech therapist,
  • jururawat
  • penjaga
  • pharmacist

 

Namun, nak buat appointment dengan semua pakar ni bukan mudah.

Di sinilah home visit doctor boleh berfungsi sebagai “koordinator”:

  • Semak ubat semasa – ada yang bertindih, terlalu banyak, atau sudah patut dikurangkan.
  • Tulis surat rujukan rasmi ke pakar bila perlu.
  • Jelaskan dengan bahasa mudah apa sebenarnya diagnosis dan plan – supaya keluarga tak bingung setiap kali lepas sesi follow up dengan doktor di hospital.
  • Nampak sendiri keadaan rumah: tilam macam mana, posisi pesakit, siapa jaga, macam mana makanan disediakan.

 

Ini semua jarang nampak kalau hanya jumpa di klinik.

Bila ada satu “kapten” yang dapat akses realiti sebenar dari rumah, hidup penjaga automatik jadi lebih teratur.

 

Tip 3: Jangan Cuba Jadi ‘Doktor’, Cukup Jadi Penjaga Yang Peka

Ramai penjaga burnout sebab mereka cuba untuk jadi pakar dalam setiap hal.

Nak makan ubat apa, bacaan apa, bila perlu risau, senaman apa nak buat, dressing luka di rumah.

Tak salah untuk tahu dan buat semua ini.

Namun untuk memudahkan penjaga, biarkan doktor dan pasukan klinik ke rumah anda untuk uruskan hal-hal ni.

Tugas penjaga lebih kepada rekodkan apa yang berlaku seperti;

  • selera makan,
  • tidur,
  • jatuh dari katil,
  • perubahan mood,
  • luka baru. ​

 

Ikut pelan rawatan yang doktor dan therapist dah susun:

  • jadual ubat,
  • senaman atau gerakan fizikal ringkas,
  • repositioning,
  • cara bagi makan. ​

Anggap diri sebagai “project manager” yang simpan nota dan jaga rutin pesakit, bukan sebagai doktor pakar versi rumah.

Bila beban mental itu berkurang, maka stress pun kurang kan?

 

Tip 4: Gabungkan Home Visit Doctor Dengan Fisioterapi & Nursing di Rumah

Pesakit strok bukan setakat perlukan ubat dan follow up doktor, mereka perlukan pergerakan dan penjagaan kulit/luka yang betul. ​

Beikut kombo pakar yang sangat membantu:

  • Doktor ke rumah: untuk monitor keseluruhan kesihatan, adjust ubat, kesan awal masalah baru. ​
  • Fisio ke rumah: fokus latihan jalan, duduk–bangun, imbangan, pergerakan tangan yang lumpuh, guna setting sebenar rumah (katil, tangga, kerusi). ​
  • Jururawat ke rumah: untuk cuci luka bedsores, luka kencing manis, jaga tiub makan/tiub kencing, pantau kulit, ajar repositioning. ​

Bila tiga ini bergerak serentak, awak tak perlu rasa ‘overwhelm’ untuk buat semua perkara.

 

Tip 5: Manfaatkan Bantuan JKM dan Pusat Zakat

Ya, segalanya memerlukan kos. Jadi manfaatkan bantuan-bantuan yang ada seperti Bantuan Pesakit Kronik Terlantar oleh JKM sebanyak RM500 setiap bulan.

Untuk info lanjut, anda boleh klik disini.

Selain itu, anda juga boleh mohon bantuan peralatan seperti katil khas untuk pesakit strok daripada institusi zakat.

Jaga pesakit strok di rumah memang berat tapi elakkan jadi ‘one man show’. ​Jika tidak, anda akan cepat burn out. Gunakan khidmat home visit doctor sebagai bantuan untuk fikirkan hal-hal klinikal. Tambahan doktor lebih arif dan berpengalaman dalam selok-belok hal ini. Jadi, manfaatkan sepenuhnya kepakaran doktor.

Bantu kami sebarkan manfaat dengan kongsikan artikel ini: